Jawapan · USDT & USD
Macam mana dapat USDT melalui Hata Global
Hata Malaysia tiada USDT. Dua laluan ke USDT di Hata Global (pindah crypto dari akaun Malaysia, atau USD melalui SWIFT), fee setiap langkah, dan apa USDT bukan.
Halaman ni untuk korang yang dah tanya sendiri pasal USDT atau USD. Hata Global kena dimohon atas inisiatif korang sendiri; daus cuma terangkan langkahnya.
Jawapan cepat
- Hata Malaysia tiada USDT. USDT hanya di Hata Global, yang kena dimohon sendiri.
- Laluan 1: beli coin di Hata Malaysia, pindah ke akaun Global sendiri, jual untuk USDT.
- Laluan 2: deposit USD melalui SWIFT ke Hata Global, tukar ke USDT.
Apa perlu sedia
- Akaun Hata Malaysia yang disahkan
- Akaun Hata Global yang dah lulus dan aktif
- Sebab yang jelas kenapa korang perlukan USDT
USDT tu apa, dan apa ia bukan
USDT ialah stablecoin: crypto yang cuba kekal sama nilai dengan 1 dolar AS. Orang guna USDT untuk pindah nilai antara platform, atau simpan nilai dalam dolar tanpa keluar dari dunia crypto.
USDT bukan ringgit dan bukan deposit bank. Nilai USDT dalam ringgit naik turun ikut kadar tukaran USD/MYR, dan stablecoin bergantung pada syarikat yang mengeluarkannya. Tiada PIDM.
Sebelum mula: akaun Hata Global
Hata Malaysia tiada (USDT dan USDC hanya di Hata Global)Stablecoin di Hata Malaysia: tiada (USDT dan USDC hanya di Hata Global). Jadi korang perlukan akaun Hata Global yang dah lulus dan aktif. Cara mohon ada dalam halaman Hata Global.
Aku perlukan Hata Global ke?
Korang perlukan USDT atau USDC (stablecoin)?
Korang nak deposit atau terima duit dalam USD?
Korang nak buat satu transaksi USD 50,000 ke atas (OTC)?
Laluan 1: pindah crypto dari Hata Malaysia
Laluan ni guna ringgit yang korang dah ada dalam Hata Malaysia.
- Di Hata Malaysia, beli coin yang ada di kedua-dua platform (contoh BTC atau ETH). Instant Buy kena fee 1% (tertera dalam quote)Fee Instant Buy / Instant Sell: 1% (tertera dalam quote).
- Wallet → coin → Send → hantar ke akaun sendiri di Hata Global (cross-platform transfer). Masukkan kod email dan 2FA.
- Tukar platform ke Hata Global (Profile → Platform).
- Di Hata Global, jual coin tu untuk USDT (contoh pair BTC/USDT). Taker fee terendah 0.25%Taker fee Hata Global (tier terendah): 0.25%.
Setiap langkah ada kos: fee beli di Malaysia, fee jual di Global, dan harga coin boleh bergerak masa korang pindah. Untuk jumlah kecil, jumlah fee ni boleh jadi besar berbanding USDT yang korang dapat.
Laluan 2: USD melalui SWIFT
Laluan ni untuk orang yang ada akaun bank boleh hantar USD.
- Di Hata Global, buka butiran deposit USD (SWIFT).
- Hantar USD dari bank korang. Bank mungkin caj untuk pindahan antarabangsa.
- Bila USD masuk, tukar ke USDT guna pair USDT/USD.
Withdraw USD balik ke bank minimum USD 100 (caj bank tak ditanggung Hata)Minimum withdraw USD (SWIFT): USD 100 (caj bank tak ditanggung Hata), dan ambil 0 hingga 5 hari bekerjaTempoh withdraw USD (SWIFT): 0 hingga 5 hari bekerja.
Mana satu patut guna
Laman ni tak uji kedua-dua laluan dengan akaun sebenar; langkah di atas ikut help centre rasmi Hata. Secara umum, laluan 1 lebih mudah untuk orang yang cuma ada ringgit, dan laluan 2 masuk akal untuk jumlah besar dalam USD. Semak fee dalam app sebelum setiap langkah.
Soalan lazim untuk topik ni
Hata ada USDT? Mana nak beli USDT?
Hata Malaysia tak ada USDT atau stablecoin lain; semua pair dalam MYR. USDT dan USDC ada di Hata Global, platform berasingan di bawah Labuan FSA. Hata Global kena dimohon atas inisiatif korang sendiri lepas akaun Hata Malaysia disahkan.
Macam mana pindah crypto antara dua platform?
Guna cross-platform transfer: Wallet → coin → Send → hantar ke akaun sendiri di platform lagi satu. Coin tu mesti ada di kedua-dua platform, dan akaun Hata Global mesti dah aktif.
Sumber: Hata Help Centre #618981 ↗ · Hata Help Centre #618971 ↗ · Hata Help Centre #618992 ↗
Risiko: Harga crypto boleh jatuh lebih 50%. Daus sendiri tengah rugi. Reward dan rebate tak jamin. Bukan nasihat kewangan.