Misi 5 · Jual & keluar

Cara keluarkan duit dari Hata ke bank

Tambah akaun bank atau DuitNow, withdraw ringgit minimum RM10, sampai dalam 0 hingga 12 jam, had RM250,000 sehari, sebab status Pending, dan bila patut buka ticket.

5 minit · 0 hingga 12 jam sampai Disemak 22 Sep 2026 Ada video Kod dalam video dah lapuk

Jawapan cepat

  • Jual crypto dulu, kemudian Wallet → Fiat (MYR) → Withdraw.
  • Kali pertama, tambah akaun bank atas nama korang. Hata sahkan dalam sehingga 1 hari bekerja.
  • Minimum RM10, biasanya sampai dalam 0 hingga 12 jam.

Apa perlu sedia

  • Ringgit dalam MYR wallet (jual crypto dulu)
  • Nombor akaun bank Malaysia atas nama sendiri, atau DuitNow yang dikaitkan dengan MyKad
  • Telefon untuk 2FA

Sebelum mula: jual jadi ringgit

Withdraw ke bank hanya untuk ringgit. Kalau duit korang dalam bentuk crypto, jual dulu. Ringgit dari jualan masuk MYR wallet terus.

Kali pertama: tambah akaun bank

Wallet → Fiat → MYR → Withdraw → Add New Bank Details. Masukkan nama dan nombor akaun bank. Hata hanya benarkan akaun bank MYR korang sendiri, dan akan sahkan akaun tu Hata sahkan akaun bank baru: sehingga 1 hari bekerjaDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: Hata Help Centre #618963 ↗.

Korang juga boleh tambah DuitNow guna nombor MyKad yang didaftarkan dengan Hata, asalkan bank korang dah set DuitNow ID untuk MyKad tu.

Ikut skrin satu-satu

Skrin 1 daripada 6
Withdraw fiat: DuitNow dan akaun bank tersimpan (nombor dikaburkan), butang Add new bank.

01/06

Wallet → Fiat → MYR → Withdraw

Wallet → Fiat → Withdraw. Pilih DuitNow atau akaun bank yang dah disimpan, atau tekan Add new bank kali pertama. Nombor akaun daus dikaburkan.

  1. Wallet → Fiat → MYR → Withdraw. Wallet → Fiat → Withdraw. Pilih DuitNow atau akaun bank yang dah disimpan, atau tekan Add new bank kali pertama. Nombor akaun daus dikaburkan.
  2. Add New Bank Details. Nama dan nombor akaun bank atas nama korang. Hata sahkan dalam sehingga 1 hari bekerja.
  3. Taip jumlah. Taip jumlah. Minimum RM10; bawah tu app tulis "Minimum withdrawal amount is 10.00 MYR". Had sehari RM250,000 tertera di bawah.
  4. Sahkan butiran. Semak akaun dan jumlah, termasuk fee yang tertera, kemudian Confirm.
  5. Pengesahan keselamatan. Masukkan kod 2FA atau guna passkey.
  6. Tunggu 0 hingga 12 jam. Status Pending bermaksud permintaan sedang beratur. Kebanyakan sampai laju; luar waktu bank mungkin lebih lama.

Had dan fee

  • Minimum: Withdraw ringgit minimum: RM10Disemak 22 Sep 2026 · Sumber: hata.io/en/my/fees ↗
  • Fee: Fee withdraw ringgit: ada fee, jumlah tertera dalam app sebelum sahkanDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: hata.io/en/my/fees ↗
  • Had sehari: Had withdraw sehari (akaun biasa): RM250,000 sehariDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: hata.io/en/my/fees ↗ untuk akaun biasa

Berapa lama sampai

Kira jangkaan masa ikut hari dan jam korang withdraw:

Withdraw ni sampai bila?

Pilih cara, jumlah dan masa. Daus semak had dan beritahu apa nak jangka.

Cara

Apa nak jangka

Jumlah dalam had.

0–12 jam

Hata kata withdraw ringgit ambil 0 hingga 12 jam untuk sampai bank, dan kebanyakannya laju.

Sekarang lewat malam. Kebanyakan withdraw tetap diproses, tapi yang perlukan semakan manual mungkin tunggu hari bekerja seterusnya: Rabu, 23 Sep 2026.

Withdraw hanya ke akaun bank atau DuitNow atas nama korang yang dah disahkan Hata (akaun baru: sehingga 1 hari bekerja).

Buka ticket melalui Contact Support kalau belum sampai selepas 12 hingga 24 jam.

Kenapa status “Pending”

Pending bermaksud permintaan dah diterima dan sedang beratur. Sebab biasa:

  • Semakan keselamatan dan compliance. Sebahagian proses exchange berdaftar.
  • Bank tutup. Hujung minggu, cuti umum atau lewat malam, sesetengah transaksi kena proses manual pada waktu bekerja seterusnya.
  • Barisan panjang masa ramai orang withdraw.

Bila patut buka ticket

Tunggu dulu sampai 12 jam. Kalau lebih 12 hingga 24 jam dan status masih Pending, buka ticket melalui Contact Support. Lampirkan screenshot transaksi, tarikh dan jumlah.

Instant Duit Masuk Bank! HATA Full Tutorial - Exchange Berlesen dengan Fee Termurah4 Jul 2024 · 46,368 tontonanVideo penuh Hata daus dari 2024 termasuk withdraw ke bank. Kod dalam video dah lapuk.

Soalan lazim untuk topik ni

Duit jualan masuk mana?

Terus ke MYR wallet dalam Hata. Dari situ korang withdraw ke bank kalau nak keluarkan.

Sumber: App Hata (app Hata, 22 Sep 2026)

Macam mana keluarkan duit ke bank?

Jual crypto dulu supaya jadi ringgit. Lepas tu Wallet → Fiat (MYR) → Withdraw, pilih akaun bank atau DuitNow yang dah disahkan, taip jumlah, sahkan, dan lalui pengesahan keselamatan.

Sumber: Hata Help Centre #618969 ↗ · Hata Help Centre #618968 ↗

Akaun bank kena atas nama sendiri?

Ya. Hata hanya benarkan tambah akaun bank MYR korang sendiri, dan Hata sahkan akaun tu dalam sehingga 1 hari bekerja.

Sumber: Hata Help Centre #618963 ↗

Minimum withdraw berapa?

RM10. Ada fee, dan jumlahnya tertera dalam app sebelum korang sahkan.

Sumber: hata.io/en/my/fees ↗

Withdraw berapa lama sampai bank?

Hata kata 0 hingga 12 jam, dan kebanyakannya laju. Luar waktu bank (hujung minggu, cuti, lewat malam), sesetengah transaksi kena proses manual pada waktu bekerja seterusnya.

Sumber: Hata Help Centre #618964 ↗

Had withdraw sehari berapa?

RM250,000 sehari untuk akaun biasa. Akaun VIP tiada had.

Sumber: hata.io/en/my/fees ↗

Withdraw "Pending" lama, buat apa?

"Pending" maksudnya permintaan dah diterima dan tengah beratur, mungkin untuk semakan compliance atau sebab bank tutup. Tunggu sampai 12 jam dulu. Kalau lebih 12 hingga 24 jam, buka ticket melalui Contact Support.

Sumber: Hata Help Centre #618964 ↗

Boleh withdraw guna DuitNow?

Boleh, guna DuitNow ID yang dikaitkan dengan nombor MyKad korang. Kalau bank korang belum set DuitNow, set dalam app bank dulu.

Sumber: Hata Help Centre #618966 ↗ · Hata Help Centre #618968 ↗

Dah ada akaun Hata?

Buka app dan buat langkah ni sekarang, sementara korang masih ingat.

Risiko: Harga crypto boleh jatuh lebih 50%. Daus sendiri tengah rugi. Reward dan rebate tak jamin. Bukan nasihat kewangan.