87 soalan

Soalan lazim Hata

Jawapan pendek, setiap satu dengan sumber rasmi. Taip untuk tapis.

Selamat & halal ke

Hata tu apa?

Hata ialah exchange crypto Malaysia milik Hata Digital Sdn Bhd. Korang masukkan ringgit dari bank sendiri, beli crypto dalam MYR, dan boleh jual dan keluarkan ringgit balik ke bank. Hata bukan bank dan bukan skim simpanan.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti ↗ · Hata Help Centre #607827 ↗

Hata berlesen ke, scam tak?

Hata Digital Sdn Bhd ada dalam senarai Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Maksudnya Hata dibenarkan secara sah untuk layan orang Malaysia. Berdaftar tak bermaksud korang tak boleh rugi: harga crypto tetap boleh jatuh.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti ↗

Exchange mana lagi yang berdaftar di Malaysia?

Senarai SC (kemaskini 20 Jul 2026) ada 5 nama: Hata, Luno, MX Global, SINEGY DAX dan Kinetic DAX. Exchange lain yang layan orang Malaysia tanpa pendaftaran SC tak ada perlindungan undang-undang Malaysia. Semak sendiri senarai tu sebelum guna mana-mana platform.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti ↗

Hata ni bank ke? Ada PIDM?

Bukan bank, dan tiada PIDM. PIDM lindungi deposit bank, bukan crypto. Kalau harga crypto jatuh, tiada siapa ganti rugi korang.

Sumber: Hata Help Centre #607827 ↗

Hata halal ke?

Hata kata struktur platform dia (jual beli, simpanan wallet, fee, reward staking) diperakui Amanie Advisors. Dalam app, 15 coin ada tanda Shariah. Coin lain tak ada tanda tu, jadi jangan anggap semua crypto di Hata patuh Shariah.

Sumber: hata.io/en/my/shariah ↗

Coin mana yang ada tanda Shariah?

Setakat 22 Sep 2026: BTC, ETH, SOL, XRP, ADA, UNI, AVAX, LTC, LINK, XLM, WLD, DOT, BCH, POL dan ATOM. Dalam app, halaman coin tu tunjuk bar biru "This asset is Shariah Compliant". Senarai boleh berubah, jadi semak laman Shariah Hata.

Sumber: hata.io/en/my/shariah ↗ · app.hata.io/markets ↗

Kalau Hata tutup, duit aku macam mana?

Laman rasmi Hata yang daus semak tak terbitkan butiran simpanan sejuk atau insurans, jadi daus tak nak teka. Yang pasti: Hata berdaftar dengan SC dan terikat dengan rangka kerja SC untuk DAX. Kalau risau, jangan simpan lebih dari yang korang sanggup hilang, dan keluarkan ke bank bila tak guna.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti ↗

Binance, Bybit, Bitget boleh guna ke?

Ketiga-tiga tu tak ada dalam senarai exchange berdaftar SC. SC arahkan Bybit hentikan operasi di Malaysia pada Disember 2024. Daus dah tak guna dan tak promosi platform yang tak berdaftar.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti ↗ · Suruhanjaya Sekuriti ↗

Daftar & KYC

Umur minimum berapa?

18 tahun ke atas. Bawah 18, sistem Hata tolak pendaftaran.

Sumber: Hata Help Centre #610331 ↗

Bukan warganegara boleh daftar?

Help centre Hata kata Hata Malaysia terbuka untuk warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia. Untuk warga asing yang tinggal di sini, Hata tak sebut dengan jelas, jadi tanya Hata terus melalui Contact Support sebelum daftar.

Sumber: Hata Help Centre #610389 ↗

Boleh daftar guna nombor telefon?

Tak boleh. Hata terima daftar guna email, akaun Google atau Apple. Nombor telefon diminta lepas tu, untuk 2FA.

Sumber: app.hata.io/register ↗ · Hata Help Centre #610454 ↗

KYC perlukan apa?

MyKad asal, selfie hidup (liveness check) dengan kad tu, dan beberapa soalan pasal diri dan pekerjaan. Bergantung pada akaun, Hata mungkin minta proof of address, source of wealth atau source of funds. Sedia dokumen tu dulu supaya tak tersangkut.

Sumber: Hata Help Centre #609737 ↗ · Hata Help Centre #610454 ↗

KYC berapa lama?

Isi borang lebih kurang 5 minit. Semakan pula Hata cuma kata "dalam masa yang munasabah" dan tak terbitkan tempoh tetap. Hata hantar email bila akaun lulus.

Sumber: Hata Help Centre #609737 ↗

KYC reject, kenapa?

Sebab biasa: lokasi dikesan di negara yang Hata tak layan, dokumen gagal banyak kali, IC yang sama dah ada akaun lain, bawah 18 tahun, atau keputusan pasukan compliance. Kalau rasa silap, buka ticket melalui Contact Support.

Sumber: Hata Help Centre #610331 ↗

KYC boleh cuba berapa kali?

Sampai 10 kali sehari. Kalau ditolak 10 kali dalam 24 jam, kena tunggu 24 jam baru boleh cuba lagi.

Sumber: Hata Help Centre #609737 ↗

Status KYC "Incomplete" tu apa?

Maksudnya korang dah mula isi tapi berhenti di tengah jalan. Buka Profile → Security → Identity Verification Status dan sambung. "Pending" pula bermaksud korang belum hantar langsung.

Sumber: Hata Help Centre #610424 ↗

Boleh ada dua akaun Hata?

Tak boleh. Satu orang hanya boleh ada satu akaun yang disahkan. Akaun kedua dengan IC sama akan ditolak.

Sumber: Hata Help Centre #610331 ↗

Deposit

Macam mana nak masukkan duit?

Dalam app: Wallet → Fiat (MYR) → Deposit, pilih FPX atau eWallet, taip jumlah, dan bayar di bank korang. Duit mesti dari akaun atas nama korang sendiri.

Sumber: Hata Help Centre #618957 ↗

Deposit minimum berapa?

RM2, sama ada FPX atau eWallet.

Sumber: hata.io/en/my/fees ↗

Deposit maksimum berapa?

FPX sampai RM250,000. eWallet sampai RM1,000, dan had tu dikira 24 jam bergulir dari transaksi terakhir.

Sumber: hata.io/en/my/fees ↗ · Hata Help Centre #624334 ↗

Deposit ada fee ke?

Deposit FPX RM500 ke atas tiada caj; app sendiri tulis macam tu di skrin jumlah. Bawah RM500 dan eWallet ada caj kecil, dan jumlahnya keluar dalam app sebelum korang bayar.

Sumber: App Hata (App Hata, Deposit fiat → FPX via Curlec, 22 Sep 2026) · hata.io/en/my/fees ↗

Boleh deposit guna akaun bank isteri, suami atau syarikat?

Tak boleh. Nama pemilik akaun bank mesti sama dengan nama akaun Hata. Deposit dari akaun orang lain akan dipulangkan dengan caj RM0.50, dan caj bank tak ditanggung Hata.

Sumber: Hata Help Centre #618957 ↗

Deposit tak masuk, macam mana?

Semak dulu status dalam sejarah transaksi, dan pastikan duit datang dari akaun atas nama korang. Kalau bank dah potong tapi Hata tak kreditkan, buka ticket melalui Contact Support dengan bukti bayaran.

Sumber: Hata Help Centre #618957 ↗ · Hata Help Centre #607829 ↗

Boleh guna kad kredit?

Tak boleh. Deposit hanya melalui FPX atau eWallet. Kad debit (Visa atau Mastercard bank Malaysia) cuma boleh dipakai untuk Auto-Invest.

Sumber: Hata Help Centre #618957 ↗ · Hata Help Centre #619011 ↗

Beli

Instant Buy dengan Spot beza apa?

Instant Buy beli terus pada harga yang Hata quote, dengan fee 1% yang tertera dalam quote. Spot pula pasaran order book: korang letak order sendiri, fee taker 0.40% dan maker 0%. Instant ada untuk 89 coin, Spot untuk 23 pair sahaja.

Sumber: App Hata (app Hata, 22 Sep 2026) · hata.io/en/my/fees ↗ · app.hata.io/markets ↗

Minimum beli berapa?

Instant Buy minimum RM30. Order Spot minimum bernilai 10 dalam mata wang pair (RM10 untuk pair MYR). Auto-Invest pula RM30 setiap coin.

Sumber: App Hata (app Hata, 22 Sep 2026) · Hata Help Centre #619008 ↗ · Hata Help Centre #619010 ↗

"Quote expired" maksud apa?

Quote Instant cuma sah lebih kurang 8 saat. Kalau tak tekan Accept quote dalam masa tu, butang jadi kelabu. Tekan Refresh quote untuk dapat harga baru.

Sumber: App Hata (app Hata, 22 Sep 2026) · Hata Help Centre #618993 ↗

Nak beli coin apa dulu?

Daus tak boleh pilihkan untuk korang. Daus sendiri DCA BTC dan SOL, dan tengah rugi. Pilih coin yang korang faham sebab kenapa korang pegang, bukan sebab trending. Ikut diri korang, ni bukan nasihat kewangan.

Sumber: Daus (Jul 2026)

Jual

Boleh jual sebahagian je?

Boleh. Instant Sell terima jumlah sekecil lebih kurang nilai RM30 (contoh 0.000085 BTC pada 22 Sep 2026). Selebihnya kekal dalam wallet.

Sumber: App Hata (app Hata, 22 Sep 2026)

Duit jualan masuk mana?

Terus ke MYR wallet dalam Hata. Dari situ korang withdraw ke bank kalau nak keluarkan.

Sumber: App Hata (app Hata, 22 Sep 2026)

Auto-Invest

Auto-Invest tu apa?

Auto-Invest beli crypto secara automatik ikut jadual (harian, mingguan, dua minggu sekali atau bulanan). Ni cara DCA: beli sikit-sikit tanpa kejar harga. Harga Auto-Invest boleh lain sikit dari harga Instant atau Spot.

Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗

Auto-Invest minimum RM30 ke?

Ya, RM30 setiap coin kalau bayar dari MYR wallet. Kalau guna kad debit, minimum RM100 setiap coin.

Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗ · Hata Help Centre #619011 ↗

Auto-Invest boleh guna kad?

Boleh, kad debit sahaja (Visa atau Mastercard bank Malaysia), bukan kad kredit. Minimum RM100 setiap coin, had maksimum RM30,000, dan satu kad untuk satu plan sahaja.

Sumber: Hata Help Centre #619011 ↗

Berapa plan boleh buat?

Sampai 5 plan serentak, dan setiap plan sampai 5 coin.

Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗

Bila plan mula jalan?

Belian pertama biasanya keesokan hari, lebih kurang jam seterusnya dari masa korang cipta plan. Contoh Hata: plan dibuat Rabu 6:15 petang, belian pertama Khamis 7 malam.

Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗

Kalau baki tak cukup?

Plan akan berhenti sekejap sampai korang top up MYR wallet. Kalau gagal beberapa kitaran, Hata tamatkan plan tu secara automatik.

Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗

Daus set Auto-Invest berapa?

Daus Auto-Invest RM30 sehari ke BTC (sejak Nov 2024) dan RM30 sehari ke SOL (sejak Dis 2024). Satu plan besar RM1,000 sehari dah dipause. Pada 22 Sep 2026 semua plan tu masih rugi lebih kurang 13.7%. Ikut diri korang, ni bukan nasihat kewangan.

Sumber: App Hata (Auto-Invest, 22 Sep 2026)

Staking

Coin apa boleh stake di Hata?

SOL sahaja setakat 22 Sep 2026. Hata kata ada rancangan tambah coin lain, tapi belum ada.

Sumber: Hata Help Centre #619014 ↗

Reward staking berapa?

Kadar ialah anggaran yang Hata papar dalam tab Earn, berdasarkan data lepas, dan boleh berubah. Kadar tu dah tolak service fee Hata. Reward tak dijamin, dan harga SOL boleh jatuh lebih dari reward yang korang dapat.

Sumber: Hata Help Centre #619014 ↗ · Hata Help Centre #619015 ↗

Service fee staking tu apa?

Hata ambil sebahagian dari reward staking: 35% kalau kunci 14 hari, 30% untuk 30 hari, 25% untuk 60 hari dan 15% untuk 90 hari. Tiada fee lain untuk stake atau unstake di blockchain.

Sumber: hata.io/en/my/fees ↗ · Hata Help Centre #619014 ↗

Unstake berapa lama? Kenapa lambat?

Lepas unstake ada tempoh deactivation, dan tempoh tu ditentukan network, bukan Hata. Help centre Hata kata beberapa hari hingga beberapa minggu; untuk SOL, app tunjuk tempoh unstake 2 hingga 4 hari. Tiada reward dalam tempoh tu.

Sumber: Hata Help Centre #619014 ↗ · Daus (13 Sep 2026)

Boleh unstake awal?

Boleh, lepas tempoh activation habis. Tapi semua reward yang dah terkumpul dan belum dibayar akan hangus. Reward yang dah masuk wallet kekal.

Sumber: Hata Help Centre #619016 ↗

SOL yang tengah di-stake boleh jual?

Tak boleh. SOL yang dikunci tak boleh dijual atau dihantar sampai tempoh deactivation habis selepas unstake.

Sumber: Hata Help Centre #619014 ↗

Staking halal ke?

Laman Shariah Hata kata reward staking diagihkan ikut prinsip Ujrah, dan struktur ni diperakui Amanie Advisors. SOL sendiri ada tanda Shariah. Kalau ragu, rujuk ustaz atau penasihat Shariah yang korang percaya.

Sumber: hata.io/en/my/shariah ↗

Withdraw

Macam mana keluarkan duit ke bank?

Jual crypto dulu supaya jadi ringgit. Lepas tu Wallet → Fiat (MYR) → Withdraw, pilih akaun bank atau DuitNow yang dah disahkan, taip jumlah, sahkan, dan lalui pengesahan keselamatan.

Sumber: Hata Help Centre #618969 ↗ · Hata Help Centre #618968 ↗

Akaun bank kena atas nama sendiri?

Ya. Hata hanya benarkan tambah akaun bank MYR korang sendiri, dan Hata sahkan akaun tu dalam sehingga 1 hari bekerja.

Sumber: Hata Help Centre #618963 ↗

Minimum withdraw berapa?

RM10. Ada fee, dan jumlahnya tertera dalam app sebelum korang sahkan.

Sumber: hata.io/en/my/fees ↗

Withdraw berapa lama sampai bank?

Hata kata 0 hingga 12 jam, dan kebanyakannya laju. Luar waktu bank (hujung minggu, cuti, lewat malam), sesetengah transaksi kena proses manual pada waktu bekerja seterusnya.

Sumber: Hata Help Centre #618964 ↗

Had withdraw sehari berapa?

RM250,000 sehari untuk akaun biasa. Akaun VIP tiada had.

Sumber: hata.io/en/my/fees ↗

Withdraw "Pending" lama, buat apa?

"Pending" maksudnya permintaan dah diterima dan tengah beratur, mungkin untuk semakan compliance atau sebab bank tutup. Tunggu sampai 12 jam dulu. Kalau lebih 12 hingga 24 jam, buka ticket melalui Contact Support.

Sumber: Hata Help Centre #618964 ↗

Boleh withdraw guna DuitNow?

Boleh, guna DuitNow ID yang dikaitkan dengan nombor MyKad korang. Kalau bank korang belum set DuitNow, set dalam app bank dulu.

Sumber: Hata Help Centre #618966 ↗ · Hata Help Centre #618968 ↗

Hantar & terima crypto

Boleh hantar crypto ke wallet luar?

Boleh. Pilih coin dalam Wallet → Send → Send via Crypto Network, pilih network yang sama dengan wallet penerima, tampal alamat dan isi maklumat penerima. Lepas tu masukkan kod email dan 2FA.

Sumber: Hata Help Centre #618981 ↗

Network tu apa, kenapa penting?

Network ialah blockchain yang bawa coin tu, contoh ERC20 (Ethereum), BEP20 (BNB Chain) atau TRC20 (TRON). Kena pilih network yang sama dengan wallet penerima. Hata sendiri beri amaran: pilih network salah, duit hilang. Jangan pilih yang paling murah semata-mata.

Sumber: Hata Help Centre #618981 ↗ · Hata Help Centre #618977 ↗

Travel Rule tu apa?

Peraturan yang SC dan Labuan FSA wajibkan: bila hantar ke platform lain, korang kena beri nama penerima dan sama ada alamat tu exchange atau wallet peribadi. Bila terima dari platform lain, Hata mungkin email minta maklumat pengirim. Tak boleh skip.

Sumber: Hata Help Centre #607826 ↗

Hantar salah network atau alamat, boleh dapat balik?

Selalunya tak boleh. Hata tak dapat tarik balik transaksi yang dah dihantar. Kalau alamat tu di platform lain, hubungi support platform tu dengan transaction ID.

Sumber: Hata Help Centre #618987 ↗

Minimum terima crypto berapa?

Percuma, tapi ada minimum setiap coin: BTC 0.0002, ETH 0.004, XRP 10. Coin lain, semak skrin Receive dalam app. Hantar bawah minimum, coin tu tak masuk automatik dan kena mohon pulih secara manual.

Sumber: Hata Help Centre #618978 ↗ · Hata Help Centre #618990 ↗

Kenapa Hata cadang matikan "crypto sends"?

Kalau korang tak pernah hantar crypto keluar, matikan Send supaya penggodam tak boleh bawa lari crypto korang walaupun dia berjaya masuk akaun. Nak hidupkan semula perlukan MFA dan ada tempoh tunggu 24 jam. Setting ada di Profile → Security → Send Crypto.

Sumber: Hata Help Centre #619036 ↗

USDT & Hata Global

Hata ada USDT? Mana nak beli USDT?

Hata Malaysia tak ada USDT atau stablecoin lain; semua pair dalam MYR. USDT dan USDC ada di Hata Global, platform berasingan di bawah Labuan FSA. Hata Global kena dimohon atas inisiatif korang sendiri lepas akaun Hata Malaysia disahkan.

Sumber: app.hata.io/markets ↗ · hata.io/en/gb/hata-global ↗

Hata Global tu apa?

Platform Hata yang berasingan, dilesenkan Labuan FSA, dengan pair dalam USDT dan USD, deposit dan withdraw USD melalui SWIFT, dan meja OTC untuk transaksi USD 50,000 ke atas. Login sama, tapi wallet dan sejarah transaksi asing.

Sumber: hata.io/en/gb/hata-global ↗ · Hata Help Centre #610628 ↗

Macam mana nak dapat Hata Global?

Lepas akaun Hata Malaysia disahkan, korang isi borang permohonan rasmi Hata Global sendiri. Borang tu minta korang isytihar korang minta akses atas inisiatif sendiri. Lepas lulus, tukar platform dalam app melalui Profile → Platform.

Sumber: hata.io/en/gb/hata-global ↗ · Hata Help Centre #610628 ↗ · Hata Help Centre #618971 ↗

Kenapa borang tu tanya "reverse enquiry"?

Hata Global dilesenkan di Labuan, bukan oleh SC untuk pasaran Malaysia biasa. Jadi orang Malaysia hanya boleh guna kalau mereka sendiri yang minta. Sebab tu laman ni tak promosi Hata Global; kami cuma jawab bila korang tanya.

Sumber: hata.io/en/gb/hata-global ↗

Wallet Hata Global dan Hata Malaysia sama ke?

Tak sama. Login sama, tapi baki, sejarah transaksi dan servis setiap platform berasingan. Semak dulu korang di platform mana sebelum buat apa-apa transaksi.

Sumber: Hata Help Centre #610628 ↗

Macam mana pindah crypto antara dua platform?

Guna cross-platform transfer: Wallet → coin → Send → hantar ke akaun sendiri di platform lagi satu. Coin tu mesti ada di kedua-dua platform, dan akaun Hata Global mesti dah aktif.

Sumber: Hata Help Centre #618981 ↗ · Hata Help Centre #618971 ↗ · Hata Help Centre #618992 ↗

Kod & reward

Kod AF01JCMFAA masuk kat mana?

Paling senang buka link Daus, kod tu dah terisi masa daftar. Kalau terlepas, dalam 30 hari lepas daftar korang masih boleh masuk: Profile → Rewards → Enter a code. Lepas 30 hari, Hata tak benarkan lagi.

Sumber: Hata Help Centre #619046 ↗

Terlepas kod masa daftar, boleh tambah lagi?

Boleh, asalkan belum lepas 30 hari dari tarikh daftar dan korang tak pernah guna kod Buddy Bonus. Pergi Profile → Rewards → Enter a code dan taip AF01JCMFAA. Dah lebih 30 hari, tak boleh tambah dah, tapi semua tutorial tetap untuk korang.

Sumber: Hata Help Centre #619046 ↗

Kod Daus apa?

AF01JCMFAA. Link: hata.io/signup?ref=AF01JCMFAA. Daus affiliate Hata dan dapat komisen; tiada kos tambahan pada korang.

Sumber: Hata Help Centre #619046 ↗

Guna kod, dapat apa?

Rebate 10% dari fee trading korang sendiri (Spot dan Instant Buy/Sell), dibayar setiap bulan secara automatik ke Crypto Wallet. Bukan duit tunai percuma. Trade maker yang fee 0% tak dapat rebate sebab tiada fee.

Sumber: Hata Help Centre #619047 ↗

Buddy Bonus masih ada?

Tak. Kod Buddy Bonus tak sah untuk pendaftaran baru mulai 7 Sep 2026, dan program tamat 14 Sep 2026 jam 12 tengah hari. Reward tertunggak dibayar automatik.

Sumber: Hata Help Centre #819774 ↗

Video lama Daus sebut reward RM50, masih dapat?

Tak dapat. Reward tu dari Buddy Bonus yang dah tamat. Sekarang yang ada cuma rebate 10% fee dengan kod AF01JCMFAA.

Sumber: Hata Help Centre #819774 ↗

Rebate tak masuk?

Rebate dibayar bulanan, jadi tunggu sampai awal bulan seterusnya. Pastikan kod betul-betul masuk (semak di Profile → Rewards) dan korang ada trade yang kena fee. Kalau lepas sebulan masih tiada, buka ticket melalui Contact Support.

Sumber: Hata Help Centre #619047 ↗ · Hata Help Centre #607829 ↗

Kod boleh tukar?

Tak boleh. Kod affiliate tak boleh dipindah atau dijual, dan satu akaun hanya boleh ada satu kod.

Sumber: Hata Help Centre #619046 ↗

Fee

Fee beli berapa?

Instant Buy: 1%, tertera dalam quote. Spot: taker 0.40% (tier paling rendah), maker 0%. Dengan kod AF01JCMFAA, 10% dari fee trading tu masuk balik ke wallet setiap bulan.

Sumber: App Hata (app Hata, 22 Sep 2026) · hata.io/en/my/fees ↗ · Hata Help Centre #619047 ↗

Fee Auto-Invest berapa?

Hata kata ada fee kecil untuk setiap belian Auto-Invest, dan jumlah tepat tertera di skrin sahkan plan dan dalam Order History. Baca skrin tu sebelum tekan Create Plan.

Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗

Fee Hata berapa semua?

Instant Buy/Sell 1%, Spot taker 0.40% (turun ikut volum), maker 0%, service fee staking 15% hingga 35% dari reward, dan fee network bila hantar crypto keluar. Semua dalam satu halaman di tutorial fee.

Sumber: App Hata (app Hata, 22 Sep 2026) · hata.io/en/my/fees ↗

Maker dengan taker tu apa?

Taker ialah order yang terus padan dengan order sedia ada (contoh Market order), fee 0.40% di tier terendah. Maker ialah order Limit yang tunggu dalam order book dan tambah likuiditi, fee 0%.

Sumber: hata.io/en/my/fees ↗ · Hata Help Centre #618998 ↗

Fee hantar crypto berapa?

Fee network berubah-ubah ikut kesesakan blockchain dan network yang dipilih. Jumlah semasa tertera di skrin Send sebelum korang sahkan. Fee ni dibayar kepada validator, bukan Hata.

Sumber: Hata Help Centre #618983 ↗

Keselamatan & scam

2FA wajib ke?

Masa daftar, Hata minta nombor telefon untuk 2FA. Korang juga boleh guna app Authenticator atau passkey. Hantar crypto keluar perlukan kod email dan 2FA.

Sumber: Hata Help Centre #610454 ↗ · Hata Help Centre #619020 ↗ · Hata Help Centre #619021 ↗

Passkey tu apa?

Cara log masuk dan sahkan transaksi guna Face ID, cap jari atau kunci keselamatan, tanpa taip kod. Tetapkan di Profile → Security → Passkeys. Perlukan iOS 16 atau Android 9 ke atas.

Sumber: Hata Help Centre #619021 ↗

Anti-phishing code tu apa?

Kod rahsia (4 hingga 20 aksara) yang korang pilih sendiri, dan Hata letak dalam setiap email rasmi. Email yang tiada kod tu, atau kod lain, kemungkinan email palsu. Jangan kongsi kod ni dengan sesiapa.

Sumber: Hata Help Centre #619037 ↗

"Support Hata" telefon aku, betul ke?

Tak betul. Hata tak ada support melalui telefon. Sesiapa yang telefon, WhatsApp atau Telegram korang mengaku dari Hata ialah penipu: block dan report. Hubungi Hata hanya melalui Contact Support dalam app atau ikon headset di help centre.

Sumber: Hata Help Centre #619029 ↗

Akaun Daus yang betul yang mana?

@dausdkofficial, @dausdk37 dan @dauskewangan. Daus tak pernah DM dulu minta duit, OTP atau janji untung. Akaun lain yang guna nama atau gambar Daus ialah penyamar.

Sumber: Daus ()

Hilang telefon, 2FA macam mana?

Kalau korang simpan kod backup 16 digit masa set Authenticator, guna kod tu. Kalau tak ada, buka ticket reset 2FA melalui help centre; Hata akan minta pengesahan identiti.

Sumber: Hata Help Centre #619020 ↗ · Hata Help Centre #619024 ↗

Cukai

Untung crypto kena cukai ke?

Malaysia tak kenakan cukai keuntungan modal. Tapi LHDN kata kalau aktiviti crypto korang berterusan, sistematik, aktif dan bertujuan cari untung, keuntungan tu dianggap pendapatan perniagaan dan kena cukai. Ini bukan nasihat cukai; tanya LHDN atau akauntan.

Sumber: LHDN (HASiL) ↗

Pasal Daus

Daus dapat apa kalau aku guna kod?

Daus dapat komisen dari Hata di bawah Affiliate Programme. Tiada kos tambahan pada korang; rebate 10% korang tetap penuh.

Sumber: Hata Help Centre #619047 ↗

Daus untung ke dalam crypto?

Tengah rugi. Update Sep 2026: portfolio crypto daus masih rugi lebih RM20,000 walaupun Bitcoin dah naik balik. Semua angka ada di halaman Akaun Daus, termasuk plan lama yang rugi.

Sumber: Video Daus Qbfnp6aRB4A ↗

Daus wakil Hata ke?

Bukan. Daus affiliate, bukan pekerja, ejen atau wakil rasmi Hata. Untuk masalah akaun, hubungi Hata terus.

Sumber: Hata Help Centre #619046 ↗

Boleh tanya Daus?

Lepas daftar, join group WhatsApp HATA Exclusive (admin sahkan dulu). Untuk berita dan video baru, join Telegram Group DausDK. Masalah akaun tetap kena melalui Contact Support Hata.

Sumber: Daus ()

Risiko: Harga crypto boleh jatuh lebih 50%. Daus sendiri tengah rugi. Reward dan rebate tak jamin. Bukan nasihat kewangan.

Belum ada Hata? Daftar guna kod AF01JCMFAA

Daftar guna kod AF01JCMFAA (masa daftar, atau dalam 30 hari lepas daftar di Profile → Rewards). Setiap kali korang beli atau jual, 10% dari fee tu masuk balik ke wallet korang setiap bulan. Bukan duit percuma, ni diskaun fee seumur hidup.

Daftar Hata dengan kod AF01JCMFAA
Kod affiliateAF01JCMFAA

Daus ialah affiliate Hata dan dapat komisen bila korang daftar guna kod atau link ni dan trade. Tiada kos tambahan pada korang; rebate 10% korang datang dari Hata ikut T&C mereka. Daus bukan pekerja atau wakil rasmi Hata. Bukan nasihat kewangan.

Dah ada akaun? Pergi Seterusnya →