Misi 4 · Guna feature
Cara hantar dan terima crypto di Hata
Terima crypto dengan network yang betul, hantar keluar dengan maklumat Travel Rule, minimum deposit setiap coin, fee network, dan kenapa matikan Send kalau tak guna.
Jawapan cepat
- Pilih network yang sama di kedua-dua belah. Salah network, duit hilang.
- Hantar keluar perlukan nama penerima, jenis wallet (exchange atau peribadi), kod email dan 2FA.
- Terima crypto percuma, tapi ada jumlah minimum setiap coin.
Apa perlu sedia
- Alamat wallet penerima (copy, jangan taip)
- Tahu network yang wallet penerima sokong
- Telefon untuk 2FA dan akses email
Network: benda paling penting
Network ialah blockchain yang bawa coin tu. Contohnya USDT boleh bergerak atas ERC20 (Ethereum), BEP20 (BNB Chain) atau TRC20 (TRON). Pengirim dan penerima mesti guna network yang sama.
Tip mudah: hantar jumlah kecil dulu sebagai ujian. Bila sampai, baru hantar selebihnya.
Terima crypto (Receive)
Wallet → coin → Receive → pilih network → copy alamat. Tampal alamat tu di platform yang menghantar.
Terima crypto percuma (ada jumlah minimum setiap coin)Fee terima crypto: percuma (ada jumlah minimum setiap coin). Minimum untuk beberapa coin:
- BTC: 0.0002 BTCMinimum terima BTC: 0.0002 BTC
- ETH: 0.004 ETHMinimum terima ETH: 0.004 ETH
- XRP: 10 XRPMinimum terima XRP: 10 XRP
- SOL: 0.015 SOL (deposit dari smart contract tak dikreditkan)Minimum terima SOL ke Hata: 0.015 SOL (deposit dari smart contract tak dikreditkan)
- Coin lain: semak skrin Receive dalam app.
Hantar bawah minimum, coin tu tak masuk automatik. Korang boleh mohon pulih: boleh mohon, 1 hingga 3 hari bekerja, dengan syaratPulih deposit bawah minimum: boleh mohon, 1 hingga 3 hari bekerja, dengan syarat. Syaratnya korang kena hantar lagi atas minimum ke alamat sama, dan beri kedua-dua transaction ID.
Hantar crypto keluar (Send)
01/05
Receive: pilih network dulu
Wallet → Crypto → Receive → pilih coin → pilih network. Skrin tunjuk alamat, QR dan minimum deposit (SOL: 0.015 SOL). Alamat daus dikaburkan.
- Receive: pilih network dulu. Wallet → Crypto → Receive → pilih coin → pilih network. Skrin tunjuk alamat, QR dan minimum deposit (SOL: 0.015 SOL). Alamat daus dikaburkan.
- Send: pilih cara hantar. Wallet → Crypto → Send → pilih coin. Tiga cara: melalui network crypto, ke pengguna Hata lain (Hata ID atau email, tiada fee), atau ke akaun sendiri di Hata Global (tiada fee).
- Pilih network, fee dan minimum. Send via Crypto Network → Network. Setiap network tunjuk fee dan minimum. Contoh SOL: fee 0.0012 SOL (≈RM0.57), minimum 0.0841 SOL. Pilih network yang wallet penerima sokong, bukan yang paling murah.
- Alamat dan maklumat penerima. Tampal alamat (jangan taip). Isi nama penerima, dan pilih sama ada Exchange atau Private Wallet. Ini Travel Rule.
- Kod email dan 2FA. Masukkan kod dari email dan kod 2FA, kemudian hantar.
Travel Rule: kenapa Hata tanya nama penerima
Travel Rule ialah peraturan anti-pengubahan wang yang SC dan Labuan FSA wajibkan. Bila hantar ke platform lain, korang kena beri nama penerima, dan pilih sama ada alamat tu Exchange (contoh Binance, Coinbase) atau Private Wallet (contoh MetaMask, Trust Wallet). Kalau hantar ke wallet sendiri, tekan My address.
Bila terima dari platform lain pula, Hata mungkin email minta maklumat pengirim. Isi cepat supaya deposit akan datang tak tersekat.
Fee hantar
ikut network, berubah-ubah, tertera di skrin SendFee hantar crypto keluar: ikut network, berubah-ubah, tertera di skrin Send. Fee ni dibayar kepada validator rangkaian, bukan Hata. Minimum hantar juga ikut network, dan kedua-duanya tertera bila korang pilih network. Contoh untuk SOL dalam app pada 22 Sep 2026: fee 0.0012 SOL (lebih kurang RM0.57), minimum hantar 0.0841 SOLFee dan minimum hantar SOL keluar: fee 0.0012 SOL (lebih kurang RM0.57), minimum hantar 0.0841 SOL.
Hantar ke pengguna Hata lain
Korang juga boleh hantar ke pengguna Hata lain guna Hata User ID atau email, atau pindah ke akaun sendiri di platform lagi satu (cross-platform transfer). Dua-dua cara ni tiada feeHantar ke pengguna Hata lain atau ke Hata Global sendiri: tiada fee sebab tak lalu blockchain. Setiap satu minta kod email dan 2FA.
Tak pernah hantar keluar? Matikan Send
Hantar salah alamat, boleh dapat balik?
Selalunya tak boleh. Hata tak dapat tarik balik transaksi yang dah dihantar. Kalau alamat tu milik platform lain, hubungi support platform tu dengan transaction ID. Kalau korang kenal pemilik alamat, hubungi dia terus.
Soalan lazim untuk topik ni
Boleh hantar crypto ke wallet luar?
Boleh. Pilih coin dalam Wallet → Send → Send via Crypto Network, pilih network yang sama dengan wallet penerima, tampal alamat dan isi maklumat penerima. Lepas tu masukkan kod email dan 2FA.
Sumber: Hata Help Centre #618981 ↗
Network tu apa, kenapa penting?
Network ialah blockchain yang bawa coin tu, contoh ERC20 (Ethereum), BEP20 (BNB Chain) atau TRC20 (TRON). Kena pilih network yang sama dengan wallet penerima. Hata sendiri beri amaran: pilih network salah, duit hilang. Jangan pilih yang paling murah semata-mata.
Sumber: Hata Help Centre #618981 ↗ · Hata Help Centre #618977 ↗
Travel Rule tu apa?
Peraturan yang SC dan Labuan FSA wajibkan: bila hantar ke platform lain, korang kena beri nama penerima dan sama ada alamat tu exchange atau wallet peribadi. Bila terima dari platform lain, Hata mungkin email minta maklumat pengirim. Tak boleh skip.
Sumber: Hata Help Centre #607826 ↗
Hantar salah network atau alamat, boleh dapat balik?
Selalunya tak boleh. Hata tak dapat tarik balik transaksi yang dah dihantar. Kalau alamat tu di platform lain, hubungi support platform tu dengan transaction ID.
Sumber: Hata Help Centre #618987 ↗
Minimum terima crypto berapa?
Percuma, tapi ada minimum setiap coin: BTC 0.0002, ETH 0.004, XRP 10. Coin lain, semak skrin Receive dalam app. Hantar bawah minimum, coin tu tak masuk automatik dan kena mohon pulih secara manual.
Sumber: Hata Help Centre #618978 ↗ · Hata Help Centre #618990 ↗
Kenapa Hata cadang matikan "crypto sends"?
Kalau korang tak pernah hantar crypto keluar, matikan Send supaya penggodam tak boleh bawa lari crypto korang walaupun dia berjaya masuk akaun. Nak hidupkan semula perlukan MFA dan ada tempoh tunggu 24 jam. Setting ada di Profile → Security → Send Crypto.
Sumber: Hata Help Centre #619036 ↗
Fee hantar crypto berapa?
Fee network berubah-ubah ikut kesesakan blockchain dan network yang dipilih. Jumlah semasa tertera di skrin Send sebelum korang sahkan. Fee ni dibayar kepada validator, bukan Hata.
Sumber: Hata Help Centre #618983 ↗

Dah ada akaun Hata?
Buka app dan buat langkah ni sekarang, sementara korang masih ingat.
Risiko: Harga crypto boleh jatuh lebih 50%. Daus sendiri tengah rugi. Reward dan rebate tak jamin. Bukan nasihat kewangan.
