Misi 5 · Jual & keluar
Cara jual crypto di Hata
Jual guna Instant Sell atau Spot, jual sebahagian, fee 1% dalam MYR, SOL yang di-stake tak boleh dijual, dan cara faham Today's PnL dalam app.
Jawapan cepat
- Trade → Instant → Instant Sell. Pilih coin, taip jumlah, Request quote, Accept quote.
- Fee Instant Sell 1%, diambil dalam MYR. Ringgit terus masuk MYR wallet.
- SOL yang tengah di-stake tak boleh dijual sampai deactivation habis.
Apa perlu sedia
- Coin dalam crypto wallet
Dua cara jual
- Instant Sell: paling senang. Fee 1% (tertera dalam quote)Fee Instant Buy / Instant Sell: 1% (tertera dalam quote), diambil dalam MYR.
- Spot: letak order jual sendiri. Taker 0.40%Taker fee Spot (tier terendah): 0.40%, maker 0%Maker fee Spot: 0%. Untuk pair yang ada Spot sahaja.
Ikut skrin satu-satu
01/03
Instant Sell
Trade → Instant → Instant Sell. Pilih coin dan taip jumlah. Minimum lebih kurang nilai RM30.
- Instant Sell. Trade → Instant → Instant Sell. Pilih coin dan taip jumlah. Minimum lebih kurang nilai RM30.
- Request quote, Accept quote. Quote tunjuk kadar, Fees (1%) dalam MYR, dan jumlah yang korang terima. Accept sebelum kiraan habis.
- MYR masuk wallet. Ringgit terus masuk MYR wallet. Dari situ, withdraw ke bank.
Apa yang quote jual tunjuk
Quote tunjuk kadar, jumlah coin yang dijual, Fees (1%) dalam MYR, dan jumlah ringgit yang korang terima. Macam beli, quote sah lebih kurang 8 saatTempoh quote Instant: lebih kurang 8 saat.
Jual sebahagian
Korang tak perlu jual semua. Taip jumlah yang korang nak, selagi atas minimum (lebih kurang nilai RM30 dalam coin). Selebihnya kekal dalam wallet.
SOL yang di-stake
SOL yang dikunci dalam staking tak boleh dijual. Korang kena unstake dan tunggu deactivation habis dulu, dan reward yang belum dibayar hangus kalau unstake awal. Butiran dalam tutorial staking.
Faham PnL dalam app
App Hata sekarang tunjuk Today’s PnL sahaja, iaitu perubahan nilai portfolio hari ni berbanding awal hari, tolak deposit dan withdraw hari tu. Ia bukan untung rugi keseluruhan sejak korang mula.
Untuk tengok untung rugi plan Auto-Invest, buka Auto-Invest: skrin tu tunjuk Total Invested dan PnL setiap plan. Untuk belian manual, simpan rekod sendiri: tarikh, jumlah dan harga.
Duit jualan ke bank
Ringgit dari jualan masuk MYR wallet terus. Nak keluarkan ke bank, ikut tutorial withdraw.
Soalan lazim untuk topik ni
Boleh jual sebahagian je?
Boleh. Instant Sell terima jumlah sekecil lebih kurang nilai RM30 (contoh 0.000085 BTC pada 22 Sep 2026). Selebihnya kekal dalam wallet.
Sumber: App Hata (app Hata, 22 Sep 2026)
Duit jualan masuk mana?
Terus ke MYR wallet dalam Hata. Dari situ korang withdraw ke bank kalau nak keluarkan.
Sumber: App Hata (app Hata, 22 Sep 2026)
SOL yang tengah di-stake boleh jual?
Tak boleh. SOL yang dikunci tak boleh dijual atau dihantar sampai tempoh deactivation habis selepas unstake.
Sumber: Hata Help Centre #619014 ↗

Dah ada akaun Hata?
Buka app dan buat langkah ni sekarang, sementara korang masih ingat.
Risiko: Harga crypto boleh jatuh lebih 50%. Daus sendiri tengah rugi. Reward dan rebate tak jamin. Bukan nasihat kewangan.
