Misi 4 · Guna feature

Cara set Auto-Invest di Hata

Cipta, pause dan tamatkan plan Auto-Invest. Minimum RM30 dari wallet atau RM100 guna kad, 5 plan dan 5 coin setiap plan, belian pertama esok, dan plan sebenar Daus.

5 minit set · mula esok Disemak 22 Sep 2026 Ada video

Jawapan cepat

  • Home → Auto-Invest → Create new plan. Minimum RM30 setiap coin dari MYR wallet.
  • Sampai 5 plan serentak, 5 coin setiap plan. Belian pertama keesokan hari.
  • Baki tak cukup, plan berhenti sekejap. Gagal banyak kali, plan ditamatkan.

Apa perlu sedia

  • Ringgit dalam MYR wallet, atau kad debit Visa/Mastercard bank Malaysia
  • Jumlah yang korang boleh teruskan walaupun harga jatuh

Apa itu Auto-Invest

Auto-Invest (beli automatik ikut jadual) ialah cara Hata buat DCA. Korang pilih coin, jumlah dan kekerapan, dan Hata beli untuk korang setiap kitaran. Tak perlu teka harga, tak perlu buka app hari-hari.

  • Kekerapan: Kekerapan Auto-Invest: harian, mingguan, dua minggu sekali, bulananDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗
  • Minimum dari MYR wallet: Minimum Auto-Invest (dari MYR wallet): RM30 setiap coinDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗
  • Minimum guna kad debit: Minimum Auto-Invest (kad debit): RM100 setiap coinDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: Hata Help Centre #619011 ↗
  • Had plan: Had plan Auto-Invest: 5 plan serentak, 5 coin satu plan (kad: 1 plan sahaja)Disemak 22 Sep 2026 · Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗

Ikut skrin satu-satu

Skrin 1 daripada 8
Auto-Invest: Total Invested, PnL, dan senarai plan Daus (solana, Bitcoin Forever!!, RM60,000 Modal dipause).

01/08

Buka Auto-Invest

Home → Auto-Invest. Skrin tunjuk Total Invested, PnL dan plan korang. Tekan Create new plan.

  1. Buka Auto-Invest. Home → Auto-Invest. Skrin tunjuk Total Invested, PnL dan plan korang. Tekan Create new plan.
  2. Pilih funding method. Pilih MYR Wallet (minimum RM30 setiap coin) atau kad debit (minimum RM100 setiap coin).
  3. Jumlah, coin dan nama plan. Pilih coin, taip jumlah, beri nama plan. App tunjuk tarikh belian pertama di bawah.
  4. Tambah coin (pilihan). Add crypto untuk tambah coin lain dalam plan sama. Sampai 5 coin satu plan.
  5. Pilih kitaran. Daily, Weekly, Biweekly atau Monthly. Pilih yang korang boleh teruskan walaupun harga jatuh.
  6. Confirm dan Create Plan. Tekan Confirm, semak ringkasan dan fee, kemudian Create Plan.
  7. Urus plan. Tekan plan untuk tengok Plan details. Slider Status untuk pause; Stop Plan untuk tamatkan.
  8. Tengok setiap belian. Tab Order history tunjuk setiap belian, jumlah coin yang dapat, dan status Completed.

Bila belian pertama jalan

Belian pertama jalan Belian Auto-Invest pertama: keesokan hari, lebih kurang jam seterusnyaDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗. Contohnya plan yang dicipta pukul 7:39 malam akan beli kali pertama esok pukul 8 malam, dan app tunjuk tarikh ni sebelum korang sahkan. Lepas tu, plan harian beli pada jam yang sama setiap hari.

Fee Auto-Invest

Baca skrin sahkan betul-betul sebelum tekan Create Plan.

Guna kad debit

Kad debit sahaja, bukan kad kredit, dan hanya Visa atau Mastercard dari bank Malaysia. Minimum Minimum Auto-Invest (kad debit): RM100 setiap coinDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: Hata Help Centre #619011 ↗, had maksimum Had maksimum kad untuk Auto-Invest: RM30,000Disemak 22 Sep 2026 · Sumber: Hata Help Centre #619011 ↗, dan satu kad untuk satu plan sahaja. Bank korang mungkin caj sendiri untuk transaksi online. Kalau kad ditolak, belian kitaran tu tak jalan dan korang dapat notifikasi.

Pause, sambung atau tamatkan

Buka plan dalam My plans untuk tengok Plan details:

  • Slider Status: tutup untuk pause, buka untuk sambung. Pause Had masa pause plan: sekurang-kurangnya 15 minit sebelum belian seterusnyaDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗.
  • Stop Plan: tamatkan plan terus.
Plan RM60,000 daus yang dipause: slider Status OFF, 22 Sep 2026.

Kalau baki tak cukup

Kalau MYR wallet tak cukup, plan berhenti sekejap sampai korang top up. Kalau gagal beberapa kitaran, Hata tamatkan plan tu. Jadi kalau pilih bayar dari wallet, pastikan deposit ikut jadual.

Plan sebenar daus

Senarai plan Auto-Invest daus pada 22 Sep 2026.

Daus ada tiga plan: “solana” RM30 sehari ke SOL sejak 30 Dis 2024, “Bitcoin Forever!!” RM30 sehari ke BTC sejak 29 Nov 2024, dan “RM60,000 Modal”, plan RM1,000 sehari ke BTC yang daus pause lepas 60 kali belian. Plan besar tu yang paling rugi.

Daus tunjuk semua ni supaya korang nampak DCA pun boleh merah untuk masa yang lama. Lejar penuh ada di sini. Ikut diri korang, ni bukan nasihat kewangan.

Kira dulu

Kalau RM30 sehari, berapa duit masuk?

Kira caruman sahaja. Laman ni tak teka harga crypto.

Kekerapan

Jumlah duit korang masukkan

RM10,950

Sebulan lebih kurangRM913
Bilangan belian365
Caruman terkumpul ikut bulan · 0 → 12 bln

Ini duit yang korang masukkan. Nilai crypto boleh lebih tinggi atau lebih rendah dari ni, banyak.

Setiap belian Auto-Invest ada fee kecil. Jumlah tepat tertera di skrin sahkan plan dalam app.

Tengok akaun Daus untuk contoh sebenar →

HATA Auto Invest Tutorial DausDK - DCA di HATA4 Dis 2024 · 18,914 tontonanTutorial Auto-Invest daus. Rupa app dah berubah sikit, tapi langkah masih sama.

Soalan lazim untuk topik ni

Boleh guna kad kredit?

Tak boleh. Deposit hanya melalui FPX atau eWallet. Kad debit (Visa atau Mastercard bank Malaysia) cuma boleh dipakai untuk Auto-Invest.

Sumber: Hata Help Centre #618957 ↗ · Hata Help Centre #619011 ↗

Auto-Invest tu apa?

Auto-Invest beli crypto secara automatik ikut jadual (harian, mingguan, dua minggu sekali atau bulanan). Ni cara DCA: beli sikit-sikit tanpa kejar harga. Harga Auto-Invest boleh lain sikit dari harga Instant atau Spot.

Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗

Auto-Invest minimum RM30 ke?

Ya, RM30 setiap coin kalau bayar dari MYR wallet. Kalau guna kad debit, minimum RM100 setiap coin.

Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗ · Hata Help Centre #619011 ↗

Auto-Invest boleh guna kad?

Boleh, kad debit sahaja (Visa atau Mastercard bank Malaysia), bukan kad kredit. Minimum RM100 setiap coin, had maksimum RM30,000, dan satu kad untuk satu plan sahaja.

Sumber: Hata Help Centre #619011 ↗

Berapa plan boleh buat?

Sampai 5 plan serentak, dan setiap plan sampai 5 coin.

Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗

Bila plan mula jalan?

Belian pertama biasanya keesokan hari, lebih kurang jam seterusnya dari masa korang cipta plan. Contoh Hata: plan dibuat Rabu 6:15 petang, belian pertama Khamis 7 malam.

Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗

Kalau baki tak cukup?

Plan akan berhenti sekejap sampai korang top up MYR wallet. Kalau gagal beberapa kitaran, Hata tamatkan plan tu secara automatik.

Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗

Daus set Auto-Invest berapa?

Daus Auto-Invest RM30 sehari ke BTC (sejak Nov 2024) dan RM30 sehari ke SOL (sejak Dis 2024). Satu plan besar RM1,000 sehari dah dipause. Pada 22 Sep 2026 semua plan tu masih rugi lebih kurang 13.7%. Ikut diri korang, ni bukan nasihat kewangan.

Sumber: App Hata (Auto-Invest, 22 Sep 2026)

Fee Auto-Invest berapa?

Hata kata ada fee kecil untuk setiap belian Auto-Invest, dan jumlah tepat tertera di skrin sahkan plan dan dalam Order History. Baca skrin tu sebelum tekan Create Plan.

Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗

Belum ada Hata? Daftar guna kod AF01JCMFAA

Daftar guna kod AF01JCMFAA (masa daftar, atau dalam 30 hari lepas daftar di Profile → Rewards). Setiap kali korang beli atau jual, 10% dari fee tu masuk balik ke wallet korang setiap bulan. Bukan duit percuma, ni diskaun fee seumur hidup.

Daftar Hata dengan kod AF01JCMFAA
Kod affiliateAF01JCMFAA

Daus ialah affiliate Hata dan dapat komisen bila korang daftar guna kod atau link ni dan trade. Tiada kos tambahan pada korang; rebate 10% korang datang dari Hata ikut T&C mereka. Daus bukan pekerja atau wakil rasmi Hata. Bukan nasihat kewangan.

Dah ada akaun? Pergi Seterusnya →

Risiko: Harga crypto boleh jatuh lebih 50%. Daus sendiri tengah rugi. Reward dan rebate tak jamin. Bukan nasihat kewangan.