Misi 1 · Kenal

Hata Malaysia vs Hata Global

Dua platform, satu login. Beza pengawal selia, mata wang, stablecoin, fee dan wallet antara Hata Malaysia dan Hata Global, diterangkan secara neutral.

4 minit baca Disemak 22 Sep 2026

Jawapan cepat

  • Hata Malaysia di bawah SC, semua dalam MYR, tiada stablecoin. Ini platform lalai untuk orang Malaysia.
  • Hata Global di bawah Labuan FSA, dalam USD dan USDT, dan ada meja OTC.
  • Login sama, tapi wallet, baki dan sejarah asing.

Kenapa ada dua platform

Hata Malaysia dan Hata Global ialah dua platform berasingan di bawah dua pengawal selia berbeza. Bila orang Malaysia daftar, akaun dicipta di Hata Malaysia secara automatik, ikut negara dan maklumat KYC. Hata Global tak dibuka secara automatik.

Banding sebelah-menyebelah

Hata Malaysia Hata Global
Pengawal selia Suruhanjaya Sekuriti (DAX) Pengawal selia Hata Global: Labuan FSA (Labuan Financial Services Authority)Disemak 22 Sep 2026 · Sumber: hata.io/en/gb/hata-global ↗
Mata wang MYR USD (melalui SWIFT)
Pair semua /MYR /USDT, USDT/USD, USDC/USDT
Stablecoin Stablecoin di Hata Malaysia: tiada (USDT dan USDC hanya di Hata Global)Disemak 22 Sep 2026 · Sumber: app.hata.io/markets ↗ USDT, USDC
Taker fee terendah Taker fee Spot (tier terendah): 0.40%Disemak 22 Sep 2026 · Sumber: hata.io/en/my/fees ↗ Taker fee Hata Global (tier terendah): 0.25%Disemak 22 Sep 2026 · Sumber: hata.io/en/gb/fees ↗
Maker fee 0% 0%
Auto-Invest dari MYR wallet (RM30) atau kad debit (RM100) dari wallet USDT (10 USDT)
Staking SOL SOL
Meja OTC tiada ada, minimum Minimum OTC Hata Global: USD 50,000 setiap transaksiDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: hata.io/en/gb/otc ↗
Withdraw fiat ringgit ke bank Malaysia USD melalui SWIFT, minimum Minimum withdraw USD (SWIFT): USD 100 (caj bank tak ditanggung Hata)Disemak 22 Sep 2026 · Sumber: hata.io/en/gb/fees ↗

Satu login, dua wallet

Korang guna email dan password yang sama. Tapi baki, sejarah transaksi dan perkhidmatan setiap platform asing. Coin yang korang beli di Hata Malaysia tak muncul di Hata Global, dan sebaliknya.

Nak pindah crypto antara dua platform, Hata ada cross-platform transfer ke akaun sendiri. Coin tu mesti ada di kedua-dua platform.

Coin: hampir sama

Pada 22 Sep 2026, senarai coin kedua-dua platform hampir sama. Hata Global ada beberapa coin tambahan dan pair stablecoin. Jadi “lebih banyak coin” bukan beza sebenar. Beza sebenar ialah USD, USDT dan OTC.

Siapa perlukan yang mana

  • Kebanyakan orang: Hata Malaysia dah cukup untuk beli, jual, Auto-Invest dan stake dalam ringgit.
  • Hata Global: hanya untuk orang yang memang perlukan USDT, nak urus duit dalam USD, atau nak buat transaksi OTC besar. Hata Global kena dimohon atas inisiatif sendiri.

Kalau tak pasti, jawab tiga soalan ni:

Aku perlukan Hata Global ke?

Korang perlukan USDT atau USDC (stablecoin)?

Korang nak deposit atau terima duit dalam USD?

Korang nak buat satu transaksi USD 50,000 ke atas (OTC)?

Kenapa laman ni tak promosi Hata Global

Borang permohonan Hata Global minta korang isytihar korang minta akses atas inisiatif sendiri, bukan sebab promosi. Sebab tu laman ni cuma terangkan beza secara neutral, dan tiada butang daftar untuk Hata Global.

Soalan lazim untuk topik ni

Hata Global tu apa?

Platform Hata yang berasingan, dilesenkan Labuan FSA, dengan pair dalam USDT dan USD, deposit dan withdraw USD melalui SWIFT, dan meja OTC untuk transaksi USD 50,000 ke atas. Login sama, tapi wallet dan sejarah transaksi asing.

Sumber: hata.io/en/gb/hata-global ↗ · Hata Help Centre #610628 ↗

Wallet Hata Global dan Hata Malaysia sama ke?

Tak sama. Login sama, tapi baki, sejarah transaksi dan servis setiap platform berasingan. Semak dulu korang di platform mana sebelum buat apa-apa transaksi.

Sumber: Hata Help Centre #610628 ↗

Risiko: Harga crypto boleh jatuh lebih 50%. Daus sendiri tengah rugi. Reward dan rebate tak jamin. Bukan nasihat kewangan.