Misi 2 · Daftar & KYC

Cara lulus KYC Hata kali pertama

Identity Verification Hata langkah demi langkah: liveness dengan MyKad, proof of address, proof of wealth, had 10 cubaan sehari, maksud setiap status, dan sebab ditolak.

5 minit isi · semakan ikut Hata Disemak 22 Sep 2026

Jawapan cepat

  • Isi KYC ambil lebih kurang 5 minit. Guna telefon, MyKad asal, dan tempat yang terang.
  • Hata mungkin minta proof of address dan bukti sumber kekayaan. Sedia dulu.
  • Boleh cuba 10 kali sehari. Hata email bila lulus.

Apa perlu sedia

  • MyKad fizikal asal
  • Telefon dengan kamera yang berfungsi
  • Tempat terang, tanpa cermin mata untuk selfie
  • Proof of address (bil utiliti atau penyata bank) dan slip gaji atau penyata bank untuk bukti kekayaan

Kenapa Hata perlukan KYC

KYC (Know Your Customer) ialah syarat undang-undang untuk exchange berdaftar. Tanpa KYC, korang tak boleh deposit atau trade. Hata guna rakan KYC Rakan KYC Hata: SumsubDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: Hata Help Centre #610331 ↗ untuk semak dokumen dan muka.

Hata juga minta bukti sumber kekayaan untuk sesetengah akaun. Sebabnya crypto berisiko tinggi, dan pengawal selia nak pastikan orang yang masuk ada aset yang cukup untuk tanggung risiko tu.

Ikut skrin satu-satu

Skrin 1 daripada 9

01/09

Tekan Get Started

Log masuk dan tekan Get Started pada gesaan Identity Verification.

  1. Tekan Get Started. Log masuk dan tekan Get Started pada gesaan Identity Verification.
  2. Pilih telefon. Hata syorkan buat di telefon sebab gambar lebih jelas.
  3. Negara tempat tinggal. Pilih Malaysia kalau korang tinggal di Malaysia, dan tekan Continue.
  4. Warganegara dan negara cukai. Pilih warganegara dan negara cukai korang.
  5. Liveness check dengan MyKad. Snap MyKad asal dan buat selfie hidup. Pandang terus kamera, tanggal cermin mata, dan duduk di tempat terang.
  6. Jawab beberapa soalan. Maklumat diri, alamat dan pekerjaan. Jawab jujur dan sama dengan dokumen korang.
  7. Dokumen tambahan kalau diminta. Bergantung pada akaun, Hata mungkin minta proof of address, source of wealth atau source of funds.
  8. Hantar dan tunggu email. Siap. Hata semak dan hantar email bila akaun lulus.
  9. Semak status. Profile → Security → Identity Verification Status: Approved, Rejected, Pending atau Incomplete.

Tips gambar supaya tak ditolak

Kebanyakan KYC gagal sebab gambar, bukan sebab orang tu. Ikut ni:

  • Pandang terus ke kamera, dan tanggal cermin mata.
  • Pastikan muka jelas, tak kabur, dan bilik terang.
  • MyKad bersih, boleh dibaca, dan tak terpotong di tepi.
  • Benarkan akses kamera kalau guna browser.
  • Jangan refresh browser di tengah proses.

Maksud setiap status

Semak status di Profile → Security → Identity Verification Status:

  • Approved: lulus. Korang boleh deposit dan trade.
  • Rejected: Hata perlukan maklumat tambahan. Hantar semula.
  • Pending: korang belum hantar langsung.
  • Incomplete: korang berhenti di tengah jalan. Sambung dari tempat tu.

Berapa lama semakan

Isi borang ambil Masa isi KYC: lebih kurang 5 minitDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: Hata Help Centre #609737 ↗. Untuk semakan pula, Hata cuma kata semakan dibuat “dalam masa yang munasabah” dan tak terbitkan tempoh tetap. Hata hantar email bila akaun lulus. Kalau lama sangat tanpa berita, semak status dulu, kemudian buka ticket melalui Contact Support.

Kenapa KYC ditolak

Help centre Hata senaraikan lima sebab utama:

  1. Lokasi dikesan di negara yang Hata tak layan.
  2. Dokumen tak sah dihantar banyak kali.
  3. IC yang sama dah ada akaun Hata lain yang disahkan. Satu orang, satu akaun.
  4. Bawah 18 tahun.
  5. Keputusan pasukan compliance atas sebab lain.

Kalau korang rasa ada silap, buka ticket melalui Contact Support dalam app. Cara penuh ada dalam tutorial akaun tersangkut.

Lepas lulus

Akaun lulus bermaksud korang boleh masukkan ringgit dan beli crypto pertama. Teruskan ke cara deposit.

Soalan lazim untuk topik ni

KYC perlukan apa?

MyKad asal, selfie hidup (liveness check) dengan kad tu, dan beberapa soalan pasal diri dan pekerjaan. Bergantung pada akaun, Hata mungkin minta proof of address, source of wealth atau source of funds. Sedia dokumen tu dulu supaya tak tersangkut.

Sumber: Hata Help Centre #609737 ↗ · Hata Help Centre #610454 ↗

KYC berapa lama?

Isi borang lebih kurang 5 minit. Semakan pula Hata cuma kata "dalam masa yang munasabah" dan tak terbitkan tempoh tetap. Hata hantar email bila akaun lulus.

Sumber: Hata Help Centre #609737 ↗

KYC reject, kenapa?

Sebab biasa: lokasi dikesan di negara yang Hata tak layan, dokumen gagal banyak kali, IC yang sama dah ada akaun lain, bawah 18 tahun, atau keputusan pasukan compliance. Kalau rasa silap, buka ticket melalui Contact Support.

Sumber: Hata Help Centre #610331 ↗

KYC boleh cuba berapa kali?

Sampai 10 kali sehari. Kalau ditolak 10 kali dalam 24 jam, kena tunggu 24 jam baru boleh cuba lagi.

Sumber: Hata Help Centre #609737 ↗

Status KYC "Incomplete" tu apa?

Maksudnya korang dah mula isi tapi berhenti di tengah jalan. Buka Profile → Security → Identity Verification Status dan sambung. "Pending" pula bermaksud korang belum hantar langsung.

Sumber: Hata Help Centre #610424 ↗

Belum ada Hata? Daftar guna kod AF01JCMFAA

Daftar guna kod AF01JCMFAA (masa daftar, atau dalam 30 hari lepas daftar di Profile → Rewards). Setiap kali korang beli atau jual, 10% dari fee tu masuk balik ke wallet korang setiap bulan. Bukan duit percuma, ni diskaun fee seumur hidup.

Daftar Hata dengan kod AF01JCMFAA
Kod affiliateAF01JCMFAA

Daus ialah affiliate Hata dan dapat komisen bila korang daftar guna kod atau link ni dan trade. Tiada kos tambahan pada korang; rebate 10% korang datang dari Hata ikut T&C mereka. Daus bukan pekerja atau wakil rasmi Hata. Bukan nasihat kewangan.

Dah ada akaun? Pergi Seterusnya →

Risiko: Harga crypto boleh jatuh lebih 50%. Daus sendiri tengah rugi. Reward dan rebate tak jamin. Bukan nasihat kewangan.