SOL · Hata Malaysia

Solana

Blockchain Solana yang laju dan fee rendah. SOL dipakai untuk fee dan untuk staking.

Tanda ShariahInstant Buy/SellSpot Boleh stakeDaus pegang
Harga live di app

Laman ni tak tunjuk harga. Harga statik cepat basi dan boleh mengelirukan.

Dalam 3 ayat

  1. Solana ialah blockchain yang laju dengan fee yang sangat rendah, jadi banyak aplikasi dan meme coin dibina atasnya.
  2. SOL dipakai untuk bayar fee dan untuk staking, iaitu kunci SOL untuk bantu jaga rangkaian dan dapat reward.
  3. SOL satu-satunya coin yang boleh di-stake di Hata setakat 22 Sep 2026.

Status Shariah di Hata

SOL ada dalam senarai Coin bertanda Shariah: 15 coinDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: hata.io/en/my/shariah ↗ bertanda Shariah di Hata. Dalam app, halaman coin ni tunjuk bar biru "This asset is Shariah Compliant". Platform Hata diperakui Penasihat Shariah: Amanie AdvisorsDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: hata.io/en/my/shariah ↗.

Cara beli SOL di Hata

Paling senang guna Instant Buy: Wallet → Buy, pilih SOL, taip jumlah (minimum Minimum Instant Buy: RM30Disemak 22 Sep 2026 · Sumber: App Hata (mesej ralat Instant Buy, 22 Sep 2026)), tekan Request quote, semak, dan Accept quote. Fee Fee Instant Buy / Instant Sell: 1% (tertera dalam quote)Disemak 22 Sep 2026 · Sumber: App Hata (skrin quote Instant Buy dan Instant Sell, 22 Sep 2026) tertera dalam quote. SOL/MYR juga ada di Spot, jadi untuk jumlah besar korang boleh guna order Limit (maker 0%) atau Market (taker 0.4%).

Tutorial beli langkah demi langkah →

Auto-Invest

SOL boleh dimasukkan dalam plan Auto-Invest dari Minimum Auto-Invest (dari MYR wallet): RM30 setiap coinDisemak 22 Sep 2026 · Sumber: Hata Help Centre #619010 ↗ dari MYR wallet. Satu plan boleh ada sampai 5 coin. Cara set →

Staking

SOL satu-satunya coin yang boleh di-stake di Hata. Hata ambil service fee dari reward: 35% (kunci 14 hari) hingga 15% (90 hari). SOL yang dikunci tak boleh dijual sampai tempoh deactivation lepas unstake habis. Kira dengan kalkulator staking →

Hantar dan terima

Minimum terima dan network yang disokong untuk SOL tertera di skrin Receive dalam app. Pilih network yang sama dengan wallet pengirim atau penerima; salah network, duit hilang. Panduan hantar dan terima →

Bila sesuai, bila tak

Sesuai: Sesuai untuk orang yang nak pegang lama dan tak kisah SOL dikunci bila stake. Daus sendiri DCA SOL RM30 sehari, dan tengah rugi.

Tak sesuai: Tak sesuai untuk duit yang korang nak guna bulan depan, terutama kalau nak stake: unstake ambil beberapa hari dan reward yang belum dibayar hangus kalau unstake awal.

Daus pegang SOL?

Ya. Daus DCA SOL RM30 sehari sejak 30 Dis 2024.

Plan aktif: modal RM18,780 · untung/rugi −RM870.02 (-4.63%) · 22 Sep 2026

Angka ikut akaun Daus pada tarikh tu. Daus beli ikut keperluan sendiri, dan tengah rugi. Ini bukan cadangan; ikut diri korang.

Lejar penuh akaun Daus →
Staking Solana di HATA Untung Ke Rugi? Feature Baru di HATA (FULL REVIEW!!)22 Jul 2025 · 7,046 tontonan

Soalan lazim

Staking SOL di Hata berbaloi ke?

Bergantung. Hata potong service fee 35% dari reward kalau kunci 14 hari, turun ke 15% kalau 90 hari. Harga SOL sendiri boleh jatuh lebih banyak dari reward. Guna kalkulator staking dulu.

Unstake SOL berapa lama?

Lepas tekan Unstake, ada tempoh deactivation. Help centre Hata kata beberapa hari hingga beberapa minggu ikut network; untuk SOL, app tunjuk tempoh unstake 2 hingga 4 hari.

SOL ada tanda Shariah di Hata?

Ada. SOL antara 15 coin bertanda Shariah Hata, dan reward staking diurus ikut kontrak Ujrah menurut laman Shariah Hata.

Penerangan ringkas oleh laman ni, bukan dari Hata. Baca laman rasmi projek sebelum beli. Ketersediaan disemak di app.hata.io/markets, 22 Sep 2026.

Risiko: Harga crypto boleh jatuh lebih 50%. Daus sendiri tengah rugi. Reward dan rebate tak jamin. Bukan nasihat kewangan.

Belum ada Hata? Daftar guna kod AF01JCMFAA

Daftar guna kod AF01JCMFAA (masa daftar, atau dalam 30 hari lepas daftar di Profile → Rewards). Setiap kali korang beli atau jual, 10% dari fee tu masuk balik ke wallet korang setiap bulan. Bukan duit percuma, ni diskaun fee seumur hidup.

Daftar Hata dengan kod AF01JCMFAA
Kod affiliateAF01JCMFAA

Daus ialah affiliate Hata dan dapat komisen bila korang daftar guna kod atau link ni dan trade. Tiada kos tambahan pada korang; rebate 10% korang datang dari Hata ikut T&C mereka. Daus bukan pekerja atau wakil rasmi Hata. Bukan nasihat kewangan.

Dah ada akaun? Pergi Seterusnya →